Wednesday, October 14, 2009

Perancangan...

Perancangan Freemason

Mereka mempunyai perancangan jangka pendek dan jangka panjang ke arah menguasai dunia. Tujuan mereka adalah menyebarkan pengaruh dan ajarannya di kalangan pemimpin-pemimpin dan tokoh-tokoh berpengaruh serta boleh menguasai keadaan politik, ekonomi dan masyarakat.


Persidangan Freemason yang diadakan di Perancis pada tahun 1923 mendedahkan perancangan jangka pendek mereka. Perancangan mereka adalah mempengaruhi parti-parti politik supaya mengikut ajaran mereka seterusnya mempengaruhi seberapa ramai manusia. Akhirnya, mereka memperalatkan ahli-ahli bagi melakukan kerja yang menguntungkan gerakan Freemason. Menurut kenyataan Freemason yang dikeluarkan pada tahun 1744, mereka mempunyai perancangan jangka panjang iaitu menubuhkan negara yang berasaskan sistem demokrasi dengan cara merebut kuasa. Menurut protokol pendita Yahudi, kenyataan rahsia pemimpin-pemimpin mereka adalah, “Apabila tiba waktu kita berkuasa, kita perlu menubuhkan rangkaian cawangan Freemason di seluruh dunia. Caranya adalah menguasai orang-orang yang berkuasa dan mampu mempengaruhi orang ramai bagi mendapatkan maklumat yang baik supaya kita dapat menyebarkan dakyah-dakyah.

“Antara perancangan yang licik adalah mempengaruhi pemimpin-pemimpin negara, raja-raja, menteri-menteri dan ketua-ketua jabatan. Ia sangat penting bagi perlindungan kita dan mendapat maklumat-maklumat yang penting supaya kita menguasai atau mempengaruhi polis. Kita juga dapat melakukan tekanan kepada penentang-penentang kita dan melindungi kegiatan yang kita lakukan bagi menimbulkan masalah kepada masyarakat.”

0 luahan rasa:

Blog Archive