Tuesday, March 24, 2009

gesel bantal?


apsal mesti ada org search "gesel bantal" kat yahoo? apa dia nak buat ngan bantal tu? dia nak gesel ke? gesel apa weh? gila pelik manusia skang ni? macam2... hahahaa

Monday, March 23, 2009

dahulu kala

Ni Gambar Tengah Update Blog * hahaha*
ni 1st time dpt desktop weih~ 1st time layari laman lucah.. sengal, kecik2 dah pandai, ngan comp ni jugak la main game FIFA 95~ hahaha gila betul, ngan komputer ni jugak blaja menaip, dulu2 ayah slalu suh taip balik esei english~ sehari kena 3 esei, kalo tak, takleh main computer~ hahaha
-------------------------------------------------------------------------------

2 reaksi berbeza


menangis ketawa
-------------------------------------------------------------------------------

Dengan sepupu


helo, ni nama dia ghafar~ panggil jep~


kaki tu jengket sket.. sebab nak nmpk tinggi... skang dah sedar dah.. mmg pendek.. hahaha


hah, ni tak tau apsal gedik semcm ni~ hahaha


biasa la kan, cita2 time skolah2 rendah dulu, tak polis, jadi askar, takpun cikgu, takpun doktor... pemuzik takde langsung dlm kamus.. hahah


napa seluar dia tinggi? or sluar aku yg pendek? err..
-------------------------------------------------------------------------------

PANTAI CINTA BERAHI

yeah! rindu weih nak makan seafood goreng tepung dia, cicah sos cili buatan sendiri, pastu minum air kelapa, pastu lari main layang2 kapal terbang tu~ hahaha
-------------------------------------------------------------------------------

Layan dan malas nak layan

malas nak layan

layankan jeeeeeee~ hahaha

-------------------------------------------------------------------------------

Shah Alam
rasa2nya ni tapak kedaikopi skang kan? sapa yg setuju? *time ni gila street fighter, tu posing mcm nak buat power je tu*


kecik2 dah lepak kedai kopi**** gila clear s.a dahulukala
-------------------------------------------------------------------------------

Rilek

rilek je ayah aku makan atas kotak... org2 dulu kawen time awal memang susah... skang smua sebok nak kumpul harta dulu... tak thrill la~ hahaha
-------------------------------------------------------------------------------

I LOVE MY PARENTS



Yeah sayang dedua, smpi menangis kut time scan gambar2 ni.. gila sedih tak dpt bagi apa yg selalu ibubapa harapkan... Tuhan Maha Adil, jika kita kurang yang ini, Dia akan lebihkan yg itu... =)
-------------------------------------------------------------------------------

PART PALING BESH~


gmbr por no ku yang pertama~ hahahaha


yang benar,
AmarHafiziBinAbdulRaof

.Gracias.

Thursday, March 19, 2009

Penggemar Gambar


Add Videoanda penggemar gambar? ingin melihat gambar2 dgn lebih cool? wow! ini peluang terbaik anda! dgn modal sebanyak rm3k! anda dpt menjadi jutawan~ hahaha, takde la wei.. aku tipu je.. tapi kawan aku ada bg link ni... http://www.cooliris.com pastu install kat firefox~ gile cool weh nak tgk gmbr~ try la kalo berani... bak ayat2 dari uptrend.. "kegagalan yang sebenar adalah kegagalan mencuba~" cewahhh~!!! hahaa *disarankan wajib mencuba ok~!

Wednesday, March 18, 2009

Kejadian...


Pada satu hari... hari yang di panggil rabu... bla bla bla bla~ bosan nak bercerita... pendek citer camni... Kerol ada benda nak cite kat aku pasal kejadian semalam... suspen~ dia taknak citer dlm studio... so dia citer kat tangga luar, sambil Larry isap rokok~ dia nak cite kat kitrg je, yg ramai2 dlm studio dia taknak kasik dengar~ hahaha kejadian ni berlaku sebelum subuh pagi rabu.....

begini ceritanya bermula, time sebelum studio ditutup, maka dalam studio ada 4 org, aku, kerol larry dan seorg wanita yg sudah tentu dari kalangan UPTREND~ hahaha aku ngan larry je tak~ hak~ so selepas aku chow dari studio, maka tinggal la bertiga yang mana Larry awal2 dah tido dah studio B yg ber'aircond', maka kejadian sebelum subuh seperti biasa Kerol on9, tak tido smbl menemani perempuan tersebut, smbl2 on9 kerol pun toleh la ke kaca televisyen dimana iya menyambungkan ke kamera litar tertutup~ *takla tutup sgt, nmpk je* (shit meremang bulu roma) dia tgk kat kamera 1 ada benda bulat2 di mana kalo tgk secara kasar dan logik, mmg tak nampak, sebab kamera tu betul2 shoot kat pintu masuk, pastu nampak mcm habuk sedang berterbangan... setelah nampak maka kerol pun suh la wanita tu tgk, sambil wanita tu toleh, di pegang tangan kerol... di ckp KENAPA TEGUR~! sebab wanita ni ada la bleh nampak2 sket kan benda tu, tak lama lepas tu, nampak kain seperti ditiup2 di penjuru kamera (shit remang lagi) kalo tgk kat luar dari televisyen mmg takde kain bila dirg usha2... tak lama lepas tu ilang la benda2 tu sambil diiringi Petir yang sgt kuat! benda tu hilang dan hujan selebat2nya, time tu aku kat tangga dah meremang smbl maki dlm hati, bodohnya kerol cite kat aku, dah la aku keje malam je... smbl dlm keadaan meremang, aku act cool~ smbl buat lawak, ckp benda tu tak kaco kita, sebab kita sefesyen~ muahahaha~ padahallllll dah takut, sebelum ni pun larry ada mcm2 pengalaman~ cthnya gitar bunyi sendiri~ wah~ horror siut.. dah la dia tido sorang2... pastu siang tadi jugak, ali ada ckp, napa tak tutup aircond? wah~! terbukak sendiri ke? setahu aku mesti tutup punya, tak pun pakai timer la, itu ter'on' sendiri~ hahaha.

la ni... hati kena kental nak keja malam~ shit! tak besh tul... nak buat Doa selamat, owner lain2 agama... kang tak sedap plak~ so nampak gayanya hidup dipenuhi misteriiiii la setiap mlm~ arghhhhhh 

Yang Benar,
a.mar.ha.fi.zi.bin.ab.dul.ra.of

Sunday, March 15, 2009

Penjuru Dunia

Gambar dicuri dari picasaweb.EmeliaBahrin
Timekasih EmeliaBahrin!!!



  • Gerak kuar umah 8 30
  • Smpi kat tempat dijanjikan (shell) pukul 9 tepat~ hahaha
  • Gerak ke Janda baik...
  • Baikkkkkkkk Punya tempat...
  • Nak naik kereta kena 45darjah, wahhh~ so tonggek~
  • Tgu bukak pagar, sambil bergambar kat puncak Taman Kurnia Illahi
  • Park keta, naik keta Jay~ pi Sungai
  • BbQ, Mandi, Gambar
  • Balik dengan perasan penuh kekuatan nak jalan kaki, jalan ngan aizu.. skali tonggek dah bontot, punya la curam...
  • smpi2~ bersihkan diri, air sgt sejuk ok~! air bukit... mandi2 smua... Aunty or mama Sue ajak makan nasi lemak.. makannnn~
  • Jalan2 tgk sekitar taman
  • Balik ke Rumah rehat, baring2, tgk tv
  • Kuar makan bubur kacang~ ( sue ckp bubur chacha~ mana dtg chacha ntah)
  • setel~ gerak.. salam2~ chow..
  • Dalam perjalanan balik, Hujan selebat2 alam, Kabus tebal, Air bertakung, Lori bawak laju... sangat mencabar zahir dan batin
  • Selamat hantar Dy dan pulang ke rumah..
  • Itu saja...
Gracias,
AmarHafiziBinAbdulRaof

Saturday, March 14, 2009

Table For Two



Saturday, March 7, 2009

Malam Monopoly

ooooooooouuuhhh yeah~! kali kedua malam monopoly di rumah sue.. haha, ini kali kedua main dan kali kedua pi umah Sue..(still tak igt2 jln nak ke umah sue) dengan sedikit kejutan untuk sue, maka permainan mlm monopoly di mulakan setelah smpi di rumah Sue kira2 pukul 9 30, Aizu ngan Anies takdok(dirg ada hal bersama family)  Faz pun takde.. maka keinginan utk mencuba monopoly yg lebih milennium tak tercapai.. hahaha. So Malam Monoply di sertai oleh 4 org... di mana salah sorang dipaksa main oleh Sue sebab Sue begitu yakin akan menang terhadap newcomer iaitu cik Dy, Hahaha *nak gelakguling jap, =))*

Setelah Dadu dilemparkan, jari mengerakkan kapal, kereta, kasut dan kuda *wow~ semua huruf K* maka di dalam beberapa pusingan je~ tak smpi 20 pusingan kut~ Sue terpaksa menyerah kalah awal dek kerana menyinggah di tempat Dy sebanyak 2 kali *Ya!!! tepat skali, Dy merupakan newcomer~* hahahah, skali singgah kena byr 875, kalo 2 kali? agak2 ckp tak? hahaha, keberkesanan permainan cik Dy adalah disebabkan penasihat yg dia miliki.. hahaha harus la En Amar Hafizi kan.... *up sket!*. Jadi kita dah ada tempat keempat... Tempat ketiga plak dengan bangganya diberikan kepada En Jay, dia ni kental lagi utk stay setelah banyak kali singgah kat tmpt Cik Dy, tapi akhirnya... terpaksa juga menjual rumah2 demi membayar hutang kepada Cik Dy. Maka dengan bergayanya Tinggal kami berdua iaitu sy dan Cik Dy.. seperti mana yang boleh di agak.... dah tentulah penasihat yang menang kan.. hahaha So Tahniah kepada Cik Dy yg memenangi di tempat kedua... hehehe.

Setelah abih permainan monopoly, malam itu diteruskan dengan pencarian Burger di sebanyak 3 tempat! semua takdok! abih~ gile tul.. dah takdok, maka pulang ke rumah sue utk perbincangan picnic yall~! maka nantikan picnic yall~! hahahha

Abih dah... tak tau nak citer apa... ni gmbr pemenang ketiga ngan keempat...

Pemenang ketiga dan keempat
Pemenang tempat keempat bersama hadiah saguhati
hehehe


....Ouh ya semua... mau pulang ke kampung~!....
daaa

Gracias,
amarhafizibinabdulraof

Friday, March 6, 2009

Daulat...


DAULAT TUANKU

Thursday, March 5, 2009

mulai rasa rimas

Ouh yeah, hari ni aku dah start rasa rimas, aku tak kesah kalo ada 5 org kat studio yg mana semuanya pemilik atau pekerja kat studio ni, ataupun pelanggan2, tapi yg ada kat sini ada 9 org, termasuk aku ngan naidi (kawan kerja) lg 7 orang menyemak lepak, borak2 bising, tolong la weih takde privasi kat tempat keje sendiri, nak halau kang, aku pekerja je... BABI LAH weih!!!! dah mcm pasar dah kat sini, apa yg aku buat, aku bukak lagu Maroon5 kat laptop ni kuat2... aku igtkan dirang stop membebel, lagi rancak adalah~ phew bleh gile aku arini

Blog Archive