Saturday, June 27, 2009

Balik Kampung

video
ikan keli, air dia busuk weih!


video
ini pokok manggis, buah yg masak dah kena petik..selamat dlm perut =))


video
rambutan... haha saja nak kecoh2 post video.. hik hik

Tuesday, June 23, 2009

Vransvormers - Vevenge ov Vhe Vallen

muka demam

Terbaaaaaaaaaaaaaaaaaaaekkkk, kena tgk... robot bersepah2... hahaha
tQ Dy dan Abgnya! ;-)

Saturday, June 20, 2009

Pesta Malam Indonesia III

nanti update ngan video ok! :D seharusnya video so7 sahaja..
.
nanti kalo 30hb korang free dtg ar urbanattic, Band Matematik launch EP dirg, so band aku sorganina pun ada perform skali~ kalo rasa nak lepak2 tu... silakan la ye~ ;-) aku pun teringin nak jadi mcm eross gak! hahaha


video
sheila on 7 - Seberapa Pantas

video
Sheila on 7 - Arah

video
Sheila on 7 - Pemuja+loaj+itu aku

*mau lebih? dtg la konsert! hahaha

nanti update video lain

Pesta Malam Indonesia 3,
AmarHafizi

Saturday, June 13, 2009

single

Indo Mee single satu mamak! telur mata skali~ hahaha

Friday, June 12, 2009

Pokok oh Pokok

ok, pokok tumbang depan umah, pastu mak aku takleh park keta dlm umah skang ni~
sekian

Thursday, June 11, 2009

Dari CM membawa ke Pavillion

Ogey~ hahaha budget cute la ogey tu~ so aku tukar balik, Okey~ haha pagi khamis lagi aku dah buat keje gile, iaitu bgn kul 8 45 pg! hahaha slalu waktu bgn, kalo tak kul 2 tghari, mesti kul 3, so dgn tido yg ala2 tak cukup, aku pun bangun la, mandi smua, sebab nak ke CM mengantikan plan ke skytraxx yg tak menjadi, so di sebabkan jay sudah pun bercuti, kerel pun cuti, sue pun cuti skolah, aizu yg akan mula keje tak lama lagi, dy pun cuti... akuuuuu lagi la cuti~ hhahaha maka diteruskan perjalanan dgn menuju ke desa gombak, mengambil dy pastu ke Foto Mega membeli Slide kiriman jay, utk berlomo... hahah sampai cm, dak2 lain dah ada kat kl sentral kerna breakfast, so aku ngan dy tgu la kat cm.

waktu yg di tgu telah pun tiba, dirg smpi, duduk2 kejap, reload film, maka bermula la perjalanan dengan menuju ke rice cooker yg aku rasa dia nak renovate jadi microwave plak, supaya senang nak masak macam2, haha, dah kecewa kedai takde jalan la kaki ke Petaling Street, bkn ada apa pun, saja jln2 snap2... pusing punya pusing, jalan punya jalan, sampai kat pudu raya, bla bla bla pegi pulak ke Kl Plaza+Sg Wang+Pavillion smbl jalan kaki, kunun2 pelancong~ hahah tapi singgah mamak tetap belinya air teh o ais, yg lain biasa la cocacola~ hahaha

time nak blk ke cm, kitrg naik monorail, STAR, then jln kaki, sampai ngam2 kat CM, Hujan pun turun dengan mesra2 alam, aku ok je naik kete, tapi yg lelain kena naik Komuter, so kena jalan kaki sket ke stesen. Maka bila sampai ke dlm kereta, keputusan pun di buat utk ke Berjaya Times Square plak~ kuat sangat plak la kan nak sambung jln lagi~ kaki kiri dah sakit, nak tekan2 clutch, nasib baik dpt elak kesesakan lalu lintas, sampai sana igt nak tgk wayang, tapi seat semua stok depan2... gile tak besh, jadi keputusannya ialah~ makan! hahah bersubway la kejap, sambil2 online, sambil2 ber'Rockband', sambil2 kena dgr org bebel suh derma itu la, ini la, time lepak tu, ada lagi org sempat gi membeli belah, hahaha maka tinggallah aku terkontang kanting keseorangan sebab tak larat nak jalan, pastu dalam kul 7 kitrg chow~ adios! itu saja... daaaa terimakasih kerana membaca.

gmbr keji mesti ada satu

yg penat,
AMARHAFIZI
kredit utk Aizu, Jay, Sue dan Dy di atas gmbr yang dipinjamkan


======================================================================================


ada jugak tu org yg search lagi, kali ni dari Brunei plak~ hahah




Wednesday, June 10, 2009

Crazy Blood

Hah! atas tu yang tajuk tu bkn tajuk filem ke game ke apa... hahaha, itu nama.. hurm.. camni la aku start cite dari awal, tadi aku gi Pak Li kat danau kota, ngan Dy, bincang punya bincang kitrng pun terasa nak buat Band, so Dy vokalis, aku mcm biasa la pemain gitar, hahaha pemain drum ngan bass kitrg import org luar~ nama band ialahhhhh~ Crazy Blood!!! hahaha, sebabnya dah ada jemputan gig~ tu pasal aku form band lain, lagi satu personal sorganina tu bz sgt~ ahahhaa, ok ni ada video sket kitrg bincang sambil prektis, hahaha cool beb!

video
yang ni Dy prektis

video
ni aku plak! hahaha

ni hasil dy main ROCKBAND unplugged, hahah terer seyh dy

Keamanan,
AmarHafiziAbdulRaof


***yeah efexciem dah approve!***

Tuesday, June 9, 2009

BomBone

THE TWILIGHT SAGA: NEW MOON

selasa

Hari Selasa, duduk rumah, pegi bank, balik umah, online, makan, tengok tv, bla bla bla bla benda yang sama sampai malam, oh gile takde kehidupan. Siang tadi dlm kul 3 kech ngan ayam smpi dari kedah dan perak, ayam amik kech kat perak, dirg blk s.alam sebab keje~ bgs dirg bekerja, aku? hahaha tak keje pun bilik sepah, bkn reti kemas... kech dtg umah amik scooter kesygan dia yg telah di rempuh 2 bln yg lepas, hahaha kalo korang tgk lengan dia, ada la tu tattoo semulajadi ;-) peace bro. Esok mcm ada org memanggil utk ke s.alam, tapi tidak di confirmkan lagi oleh ayam, maka tgu aja. ouh kech kata dia nak angkat waja, waja makcik dia~ cool la, lepas ni kalo ada show, brg2 sumbat dlm kete dia~ besar sket... hahahhaha. Pastu mak aku tanya, 'ji camne nak buat blog?' hahaha ahh sudah.. nak buat blog plak... facebook dah ada... pasni nak blog plak, nampak gayanya aku kena belikan laptop satu utk mak aku, senang dia nak update~ hakhakhak.

Shafiq kata mau dtg nak amik game psp, tapi takde panggilan pun, chuih.. penat je tgu dan cari games

oh ada citer "blogger boy", mcm ok je lyn kat youtube, hahah. tiket PMI3 x beli lg, dah la tinggal 10 hari, camne ni? hahah xpe, tiket xkan abih punya. apa lagi yg menarik utk dikemaskini? hahaha kemaskini buku Amanah Saham la yg besh... ok, dah ter
kluar tajuk.

Sue u mmg the best! hehehe.

dah ar, nanti update lagi.

mms zaman dulu kala, opsss~ xkan la aku blaja muzik kena pki calculator kan?
so phm2 la sapa yang bg ;P MYTN!

Kenapa Yahudi Bijak

Aku copy je benda ni~ :D
sekadar ilmu, tak salah kan berkongsi

Mengapa Yahudi Bijak?

Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang. Kejuruteraan, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood (dan di Iran suatu ketika dahulu), dan sebagainya.

Apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Persiapan awal melahirkan zuriat.

Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku matematik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami. Tanpa merasa jenuh membuat latihan matematik sehingga melahirkan anak. Mereka berbuat demikian untuk melatih otak anak dalam kandungan supaya lebih berfikir.

Pemakanan.

Sejak awal orang mengandung gemar sekali memakan kacang badam dan kurma bersama susu, dan untuk tengah hari makanan utama ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut mereka daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan.

Ini adalah adat orang-orang Yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Merokok.

Di Israel, merokok adalah taboo. Apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menghalau anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka.

Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada gen, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yang cacat otak (bodoh atau lembab). Suatu penemuan yang dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang gen dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironinya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri...!)

Tadika.

Pemakanan anak-anak cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever). Kanak-kanak Yahudi sungguh bijak dan rata-rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan.

Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.
Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulasi (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak-anak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yang diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari. Memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Sekolah Tinggi (Menengah).

Murid-murid ditekan dengan matapelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupun kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi jika ia berupa senjata, perubatan dan kejuruteraan, ide itu akan dibawa ke institusi tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yang di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Mereka begitu agresif dan seriusnya tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkanny​a dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak 1 juta Dolar Amerika! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yang mencipta design Levis yang terkini? Ia dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Ibadah.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen dikepala, agama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif.

Lihat orang-orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ia dianggap sebagai adat. Ramai orang Jepun yang pandai? Adakah ia sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Perniagaan.

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yang berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yang bernas, jawatankuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yang betul.

Maka itu lahirlah Starbuck, Dell, Coca-Cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.



Kesimpulanya, melahirkan anak dan keturunan yang bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ia memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yang mudah tetapi istiqamah disamping mendengar musik klasik (lebih elok ayat-ayat suci Al-Quran).

Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yang elok dan berkhasiat yang baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin, serta mengaji sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yang memerlukan konsentrasi yang tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak (jangan pandang negatif atau remeh terhadap senjata menembak mainan).

Merokok menjanjikan generasi yang moron (goblok) dan sudah tentu gen bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini.

Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat disana? Hasil apakah yang dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal agama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yang ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yang bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ia memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja.

Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis karangan sepanjang 5 mukasurat penuh. Karangannya hanyalah mengenai 'Mengapa saya gemarkan tomato'!

Selamat sejahtera dan semoga kita dapat melahirkan manusia yang bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Monday, June 8, 2009

BLOOD: THE LAST VAMPIRE

tq N 4 da ticket~ ;-)

7.19p.m -

ok nak gi tgk mlm ni... byeeeeeeee... blk kang update

9.30p.m

'Saya' vs Onigen, wuuu dedua cute tapi lawan sesama sendiri, dedua tu anak beranak, 'saya' tu anak kepada Onigen yg telah bermain bersama manusia. Cita byk tikam2 org pakai pedang samurai, darah warna coklat2, mcm coklat cair, rupa bentuk setan yg menggunakan komputer, yg tak la berapa nak real sgt. ntah ar senang cite aku tak paham la cite ni. sapa kaki games tau la kut. aku bukan kaki game, aku kaki pompuan

12.59a.m

Sampai umah, hahaha

3.00a.m

angel hair bebeh~! rebus angel hair + goreng hotdog + telur + sos spagetti = makan! haha


harap2 esok setel smua benda, Amin...

Sunday, June 7, 2009

mlm hari tu

Makcik Sue, hahahah

Sue tayang dslr baru~ :|

Dy ngan adik2 dia yg comel... :D

video

Ok, ni time kitrg lepak urbanattic hari khamis lepas, Aizu Faz Sue Anies Dy dan aku saja2 buang masa... aku pun dah lama tak tgk seven collar... jadi pegilah menonton, free je tgk... hahaha sound mlm tu mcm kurang sket, tp tgk yg lain layan je, tepuk pun tepuk, hahaha orang nak berhibur apa ada kesah pasal sound, tapi orang atas stage risau pasal sound, kena jaga reputasi jugak, walaupun balance atas stage paling terbaik skali pun, kalo soundman yg jaga speaker yg menghadap penonton tak ok, maka bunyi yg tak ok la yg akan keluar, hahah pandai kau kech lari taknak jaga sound duan, sebab kau tau duan garang kan! hahaha apa2 pun menarek jugak mlm tu, Yuna opening yg aku rasakan, tak sepatutnya dia yg menjadi pembuka persembahan, pastu fortywinks, yg mana kena potong beberapa lagu, sebab apa pun tak tau, then scts... pastu pure vibracion. PV tak tgk pun sebab time scts masih lagi tgh perform kitrg chow gi makan~ lapar! hahaha. sampai di sini sahaja

Gracias,
Mr Amar

Saturday, June 6, 2009

Tahniah

Tahniah aizu~ dah ada pelanggan pertama, takde iklan2 terpampang pun ada org berminat, apatah lagi kalo ada iklan? mesti bertambah2 orang minat, lepas ni nak tgk ada www.nikaizu.com plak~ hahaha dia dah membygkan jr2 dia~ *1st2 dia kata mungkin customer tu menyamar~ hahaha*

esok ber'RILAICIBENA', hahaha apa tu? ok tu nama baru utk ribena laici, tak penah minum pun. si khairil ngan aizu je yg potpetpotpet, ntah2 esok minum teh o ais je, paling kuat pun teh o ais limau, ngehh

arini sue tahap gedik dia melampau, apa kena ntah! mesti ada mamat hensem yg dah tegur dia~ oh baru teringat! kechill kem salam! patut la dia angau, hahaha *pulangkan suraya bahrin!!! dia dah jadi org lain!!! kena sampuk apa ntah*

esok ada perbincangan hangat skytraxx takpun paintball, tgk la mana2 yg sesuai pastu... mungkin, ok perkataan "mungkin" harus dipahami secara betul, ia hanyalah 10% dari perkataan "confirm" sorganina perform kat urbanattic, hahaha biasa la kech keje situ, senang je nak perform, tapi sapa nak datang pada hari selasa minggu terakhir bulan june? aduh~!

Friday, June 5, 2009

Ehem...




nak baca kena ada password~ hehehe

Wednesday, June 3, 2009

motif? oh... xde motif pun





Tuesday, June 2, 2009

Waktu tuduh menuduh

Kontraktor bangunan Jaya Kat P.J akan dikenakan tindakan sebab buat bangunan tanpa mendapat kebenaran pihak2 tertentu? di katakan memulakan pembinaan sebelum permit diluluskan? hello bro~ buat bangunan bukan satu hari je bleh siap, time dia buat tu tak pantau ke? tak halang dari awal2 ke? ke duduk bangunan ber'aircond' goyang kaki? takkan dah runtuh baru nak ckp slh kontraktor tak dpt permit? kalo bangunan tu dah siap dan berdiri megah bagaimana pula? ouh mesti korang dpt hadiah kereta, ataupun mungkin rumah? takpun kertas yg jumlah nilainya tinggi bukan? Oh ya... satu lagi Projek Pembinaan runtuh... Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Terengganu... itu pun tak dpt permit ke kawan?

Monday, June 1, 2009

Istiadat ke Tujuh Puluh

Budak Kelas Pertama yang jalannya laju
Member Sekolah~ hahaha
Aku rasa, aku sorang je budak ampang kut? tul tak aizu? hahaha

Blog Archive