Sunday, August 16, 2009

Menyeru

shait!

Menyeru kepada rakan2 blog supaya menjaga kebersihan diri, jangan ambil mudah dan berdoa supaya penyakit virus ini tidak berterusan, kepada yang demam, batuk, selsema dapatkan rawatan segera di klinik atau pun hospital, duduk di rumah sehingga kesihatan kembali pulih, jangan berdegil untuk keluar bekerja, belajar atau bersosial, kerana ia akan memburukkan lagi keadaan yang sedia ada.

WHO menganggarkan lima juta atau 20 peratus rakyat negara ini berisiko dijangkiti virus influenza A (H1N1) jika orang ramai tidak mengambil serius langkah pencegahan bagi menghalang penularan virus itu.

Statistik itu berdasarkan kajian terperinci WHO mengenai kesan penularan luar biasa H1N1 terhadap sesebuah negara jika ancaman virus tersebut tidak ditangani secara berkesan dan menyeluruh.

keadaan akan bertambah pulih sekiranya orang ramai mempunyai tanggungjawab yang tinggi dan tidak memandang remeh penularan wabak H1N1

individu-individu yang mempunyai gejala penyakit serupa influenza (ILI) seperti demam panas, selesema dan batuk perlu segera mendapatkan rawatan di hospital demi kesihatan diri.

Mereka juga perlu prihatin dengan keselamatan orang lain dengan tidak menghadiri majlis-majlis terbuka dan berehat di rumah supaya virus penyakit tidak menjangkiti individu yang tidak berkenaan

lanjut di : http://h1n1.moh.gov.my/ dan lihat jumlah kematian yang semakin meningkat ='(



************************************************************************
Berikut adalah petua2 untuk mengelakkan penyakit H1N1 drpd e-mail
tak salah kalau mencuba

Semoga Allah melindungi kita semua.


Salam..... sy baru balik dari thailand. sy ke pulau temelang dan ban tun.. apa yang sy nak kongsi ialah cara mereka mengubati penyakit selsema babi.
bahan2nya adalah:
1. air kelapa
2. kurma
3. mangkuk

cara2nya

1. masukkan kurma ke dalam mangkuk
2. tuang air kelapa
3. biar sejam dua
4. minum air kelapa bersama makan kurma

**********

Saya ingin berkongsi maklumat / tip yg diperolehi drp Ustaz Fauzi Mustafa didlm radio RMKL pg td bg mengindarkan diri kita terutamanya anak2 drp terkena penyakit H1N1. Usahakan salah satu drpdnya...


a) Baca Bismillah dan tiup pd air dan masakan yg disediakan

b) Makan madu lebah asli

c) Makan buah tamar

d) Makan kismis

e) Makan buah delima

f) Minum air kurma

g) Makan Habbatus sauda

h) Makan buah Tin

**********

Kalau hadapi simptom selesema,batuk,demam,sukar bernafas,pening kepala,sakit tekak mgkn anda H1N1.Minum air susu & buah.Mkn makanan yg dbuat drpd buah krn pihak kami telah menjalankn kajian bhw minuman segar mampu membersihkan atom2 H1N1.Tlong forward kpd rakan2 utk kesihatan bersama.-HOSPITAL SULTANAH AMINAH JOHOR...

**********




3 luahan rasa:

Anonymous said...

weh unta! sejak bile ko keje kt buletin utama ni? Hua3

Unknown said...

Reza cakap mkn bawang boleh elak h1ni.

Bangla mmg clean dr h1n1 reza ckp.

tips: bawang putih

bawang merah xleh.

Amar Hafizi said...

hahaha, apsal bangla clean dari h1n1 plak? dirg mkn bawang ke? takpe lepas ni aku nak oder nasi goreng bawang putih satu! go!

Blog Archive