Thursday, October 1, 2009

Siapa Kata...

Memula tengok gambar dulu la geng! ;-)

Strap

Pedal Floor

Rack System( fungsi sama mcm atas, tapi lagi power!)

Multi effect (sama jugak, tapi digital sket)

Head + Cabinet ( yang atas di panggil head, bwh cabinet)


Cable



Ok! kali ni aku nak cerita pasal perihal bermain muzik, siapa kata main muzik ni murah? angkat tangan! hehehe. Ok skang aku cerita dari sisi seorang gitaris, memula aku cerita pasal gitaris hebat2 kat luar negara dulu ok.

Artis Luar Negara :

Gitar : rm10,000 - rm 20,000 untuk satu gitar, selalu dirg ada pelbagai jenis gitar, bygkan harga dah berapa... jumlah utk 2 gitar = rm30,000

Amp : rm10,000, rm5000 utk Head dan rm5000 utk Cabinet, pun kadang2 dirg pakai 2 jenis amp yg berlainan...jumlah utk 2 amp = rm10,000

Effect : seketul dalam rm500, itu yg kat floor tu, kalau rack system, satu tu mau mkn dlm rm2000-rm5000... jumlah semua = rm10,000

Cable : rm100 utk satu, tapi takkan la pakai satu je kan? mesti la byk, nak cucuk ke effect lagi, amp lagi... jumlah rm500

accs : tali rm 25, servis smua lagi, polish, bla bla bla, ....jumlah = rm 100 lebih la..

Jumlah Keseluruhan = rm 50,600...

untuk aku yg amatur plak :

gitar : rm3000

effect : multi effect - rm 1200 (second hand)

Cable : 2 x rm50 = rm100

string : rm20 skali tukar, tetiap bulan @ tetiap kali nak recording/perform tukar dan lain2
= rm300

amp : takde... tak mampu... setakat yg kecik ada la.. rm500

Jumlah semua = rm4100

harus la aku takde satu gitar je kan, ada gitar2 yg lain... termasuk kos jugak... pastu nak beli amp lagi, effect2 yg lain lagi... lepas tu aku takkan di endorse mcm artis2 luar negara nun~ hahaha

budak2 lain :

gitar : yang aku tgk harga semua rm1000 ke bawah

effect : seketul dlm rm 500

string : setengah tahun tukar sekali, so setahun = rm50

amp : rm 500

cable : kalo nak show pinjam org lain, pick pun sama, strap pun sama. come on! kata nak jadi pemuzik, beli la sendiri~!

gaya : Kalah artis yg top. HAHAHA

Jumlah semua = rm2050


ok, itu baru dari sisi gitaris, dlm band selalunya ada 2 gitaris, sorg drummer, sorg pemain bass, dan sorang vokalis, di mana dirg pun ada harga2 sendiri yang mana kadang2 lagi mahal dari pemain gitar, terutama drummer. kalau tambah lagi seorang keyboardist? keyboard yg paling hebat mencapai harga berpuluh ribu.

yang atas smua tu harga dlm band je. korang bygkan kalau nak rekod kat studio, byr sewa studio utk rekod, byr itu byr ini, hajat di hati kalau ada studio sendiri lagi senang kan, tapi sebenarnya harga satu studio menjangkau ratusan ribu ringgit, equipments seperti mixer,mic, power amp, cable, tenaga elektrik, renovate bilik utk di jadikan studio, tampal benda2 kedap bunyi tu smua, tu smua benda2 yg mahal...

lepas tu... korang download lagu..

jumlah = rm00.00

hahaha, ini aku tak kesah, sbb aku pun download jugak. hihihih

ok itu saja utk hari ni, oh ya! selamat bulan Oktober! =)

Gracias,
AmarHafizi

0 luahan rasa:

Blog Archive