Thursday, December 31, 2009

R.I.P

REST IN PEACE 2009
WE LOVE and HATE YOU

Sunday, December 27, 2009

Kalah

Disebabkan korang tak doakan tadi. team aku.bal.ezami.ked kalah kepada team yus.pito.pae.opie. team aku menang sekali je. yg selebihnya gelakgelak je lebih. hahahaha shait! kalah tapi happy. wattudu.

Rindu la kat orang lama. :)

Mungkin kini kau tlah menghilang tanpa jejak
mengubur semua indah kenangan
tapi aku slalu menunggumu di sini
bila saja kau berubah fikiran
(SheilaOn7-SeberapaPantas)

doakan...

malam ni aku nak lawan left 4 dead 2 lagi. kali ni team. aku.bal.ked.ezami vs yus.pae.shafiq.pito doakan kemenangan team aku! hahahaha padia tatau.

Siri yang ke Sembilan

  • aku sampai 3.30
  • jumpa kech
  • masuk2 je emcee perkenalkan fortywinks. jadi aku tak terlepas tgk adam bersama keytarnya
  • adam enjoy. 10 org di atas stage pun enjoy.aku kat bwh pun enjoy sebab sound besh
  • lepas tu anhonestmistake. sound tak berapa nak ok. house bleh terpadam kejap. so dgr sound atas stage je.
  • aku merayau2. hujan renyai2. aku maintain merayau. sekali hujan lebat. aku pegang banner.
  • 4 budak2 utara tumpang duk bawah banner. lepas tu dirg tinggalkan aku sebab ada bukak khemah.
  • setel hujan. aku pegi kat kereta yg aku rasa jarak dia 1km. pegi tukar baju+sluar. bwk sweater skali.
  • jumpa ayam. berserta crew2 yg lain. lepak bawah khemah. nak kemana2 tak bleh sebab hujan.
  • lepak je smpi setel hujan. band band aku terlepas. setiap band 2 lagu. mana nak puas?
  • aku beli mineral dan burger. lepas bunkface abih aku beli ketiak ayam.
  • pastu aku balik. kepenatan.
  • tahun depan aku rasa nak bawak baju hujan. takpun pakai siap2 dari rumah. hehehe
Gracias


LabRat.unstoppable kut tajuk lagu dia

Friday, December 25, 2009

Screaaamm! eh? mcm Serammm


ni aku nak cita pasal hari jumaat bersempena hari krismas. aiceh! hahaha mcm biasa. aku bangun pukul 12 30! hahaha! biasaaaaa la sgtt... padahal tak biasa. yg biasa2nya pukul 4 ptg. hihihi ni aku bgn awal sbb solat jumaat la kan. pastu aku blk umah. ked msg. kata jadi tak hari ni nak shopping. tudiaaaaaaa~! laki ajak aku shopping. hahaha si ked ni nak shopping pasal dia kecewa tak dpt pegi langkawi temankan bf dia si hizami. lepas tu nak beli kasut, sluar ngan shirt utk hilangkan rasa kecewa. aku pun on je la, sebab aku pun nak cari sluar gak. tapi aku takde la kecewa apa2 kan. hahaha aku gerak dlm 3 45. sempat cuci kete lagi tu. berkilat ok! hahahha smpi s.alam ngam2son pkl 5. mmg aku janji ngan ked tolak pkl 4 smpi pkl 5. lepas tu. tgu si org tua bal. dia kena pi klang plak. anta abg dia pi mana ntah. last aku lepak umah ked dulu. pastu dlm 6 30 kitrg gerak ke sunway!

area sunway....
dah siap parking smua kat rooftop pasai kat bwh toksah cita la wei. penuh! aku ngan bal dah maki2 gurau. ckp krismas pun nak kuar. pegi la lawat parents. hahaha. oh lupa, pegi 2 kete. aku bal, ked ngan kawan yus (sapa nama aku lupa la we) lagi satu kete, munir, opie, ema dan akaknya yang comel emi. tu diaaa.. comel. hahaha semuaaaaaa tu pegi sbb nak teman si ked ni shopping. mcm haram! 7 org teman dia shopping. hahaha mula2 pi tgv. kunun2 nak beli tiket avatar. tapi kalau korang bley bygkan parking camne. mcm tu la org beratur pi beli tiket. hahaha ok la pendekkan cite. kitrg pi makan tako, lepas tu separate. aku ked ngan kawan yus stay. yg selebihnya pegi masuk sunway. lepas tu kawan yus pi gunting rambut, aku ngan ked pi shopping. hahhaa last aku beli sluar selai. ked pun beli selai. lepas tu dedua pattern sama. amoi kat kedai tu pun cakap "braderbrader" hahahha lepas tu kitrg pi sunway. masuk mmg free. tapi nak main tu kena byr. kitrg masuk umah antu je la. rm10. hahaha masuk siap gelak2 tak tahan si ked terkejut. dia sebok fokus antu kat depan. skali antu kat belakang sergah. time tu gelak mmg tak igt la. pastu dah nak smpi bahagian terakhir. kitrg pakat sergah hantu balik. cari tingkap2 yg akan kuar antu. lepas tu sergah, mmg menjadi la. siap gelak2 lagi. hahaha pastu ada hantu tepuk dinding la, sbb tak berjaya kejutkan kitrg, dia mcm kecewa sket la. hahaha kitrg bawak KED kut! dia berani! hahaha


Wednesday, December 23, 2009

TopGun

Fark! aku naik TOPGUN kat Shah Alam. rm6 skali naik! takut hokayyy! kat bawah semua riak2 tak takut. dah sampai atas. semua diam mengucap semua. baru teringat dosa2. hahaha Bal paling diam! miahahaha! aku.yus.ezza.shafiq.aiman maintain cool! (cewaahh, padahal aku dah tutup2 mata takut. hahaha)

Monday, December 21, 2009

jumaat sabtu ahad

ok, aku nak cerita pasal jaga booth kat rantai. selama 3 hari aku tolong member aku kat red bungalow, macam biasa la ujung2 tahun ni ada event rantai. bulan2 sagitarius ni jgk la semua org mengambil kesempatan utk berehat, berhibur, menenangkan fikiran sebelum mulanya tahun baru kan? wah! aku dah lari tajuk! hahaha ok2 berbalik kepada cerita. jumaat lepas aku dgn bangganya bangun pukul 8 pagi! hahaha ajaib bukan? kalau tak slalu 4 atau 5 ptg baru la nak bangun kan. tujuan aku bgn awal sebab tlg member aku la, dia tumpang baju2 n seluar jeans dlm kete aku, pastu dlm kete dia lagi ada brg. korang bygkan 2 kereta~ phew... waktu yg di jangkakan utk bergerak ialah 8.30. maka nak dijadikan cerita, hari tu hari melayu kitorg. mcm biasa la kan. 8 30 jadi 9 30. miahaha! jgn slhkan aku. sbb aku dah siap 8 30, tapi kawan aku si POD ni kata gerak pkl 9. nak taknak aku dah siap awal, aku gerak pi umah dia dulu. dekat je umah dia ngan aku. bila aku dah smpi. mcm biasa.. hahaha 9 30 jgk bergerak. smpi je redbungalow. kitrg park dlm. angkut and susun brg2 smua. perghh! aku tlg kawan aku berniaga siut. tak penah2 berniaga. heee.. ari jumaat tu lepas solat jumaat smua. ptg tu ada la hujan sket. tapi jualan agak ok2 la kan. :D jiran booth kami tutup awal. pukul 6 ke 7 tak silap. lepas tu mcm smua pakat bungkus awal. penat and takde org kut. hahaha aku trus gerak blk umah. penat jgk sebenarnya berdiri je kan. pastu hujan lagi.

hari sabtu plak. hari yg kitrg jangka ramai org akan dtg. tapi jangkaan kitrg meleset seleset lesetnya... hahahah sebabnya hujan sehujan hujannya. 2 kali lebat. org2 yg dtg sah2 ubah fikiran pegi klcc, maklum la ada aircond. tak basah kena hujan. awek2 pun tentu lagi ramai dlm tu. bleh tgk wayang lagi. cerita avatar. hahaha tapi hari sabtu kitrg tak terpedaya dgn booth2 lain yg tutup awal. kitrg kuatkan semangat utk tutup lambat sket. yeah~ hahaha dlm pkl 9 00 kut kitrg bungkus. kira ok la tu kan. lepak2 ada jgk member2 yg dtg last minute tapi dah bungkus. so takdpt nak beli apa2 la kan. lepas bungkus smua. aku, pod, nurul ngan adam pegi perkarangan istana budaya, sbbnya ibu pod ada bukak gerai makan situ, jual soto. ewah2. kitrg pun apa lagi. makan la kan. ada otak2 lagi, ada live band lagi. tapi live band yg sedih la. hahaha kitrg berharap setiap lagu yg di bawa tu adalah lagu terakhir. hahaha gila punya jujur aku ni. :D lepas tu chow blk umah.

Hari Ahad plak. hari yg terakhir. gerak pun lambat2 sket dlm 9 30 pagi. cuaca nampak redup2 nak hujan, tapi alhamdulillah tak hujan lebat. renyai2 sket je. so ok la kan. orang pun ramai. kawan2 smua pun dtg hari ahad. baru la rasa suasana bazaar tu kan. cewaah... hari ahad jgk la aku berkesempatan masuk dlm redbungalow ngan kawan2 sbb kalau hari sebelum ni takkan aku nak layan sorang2 plak kan. kang org kata aku ni seni sungguh layan sorg2. hehehe jualan pun ok smua. kitrg pun tutup plg lmbt, yg lain awal2 dah chow. sebab ada yg dari penang la apa la aku pun tak berapa pasti. agak jauh jgk dirg dtg. dalam pada kitrg tutup lambat tu. ada jugak customer yg dtg. pandai plak tu amik byk mintak murah. hahaha so kitrg kemas sekemas kemasnya sebab last day kan bukak la apa2 yg patut. lepas tu lepak kari kepala ikan kg pandan kat yapkwanseng. plan nak gi shisha kat jln damai lepas adamboi abih prektis pkl 11. skali memasing tak larat, di tambah adam jamming abih lambat. maka... rancangan terpaksa di batalkan. kalau korang pegi RTW9 kalau nampak yg main keyboard ngan monoloque, yuna ngan 40winks. itu la adamboi! masyuk la tu main 3 band skali. hahaha jgn lupa blanja adamboi! :D

ni ada la seberapa saat video utk tatapan umum, hahaha idea si carlos. miahaha! dslr plak shaz pun. aku pun takde idea nak edit. bantai je la kan.




ni taukey ngan bakal bini taukey. hehehe pod. prapp!

ni yg kitrg jual la, ada shirts, jeans, shawls, toys, cd bla bla bla




Thursday, December 17, 2009

Yamulu

Yo Peace! hahaha ni gmbr aku kat ulu yam. korang bygkan adik sedara aku kejut pukul 9 30 pagi!!! semata2 ajak aku pegi ulu yam. waktu tu ibarat aku bgn tido pukul 3 pagi! bleh tahajud. hahahaha nak taknak kena la aku pegi. maklum la aku kan driver utk famili. sbb ayah aku tak larat, pastu takkan nak suh mak aku kan. so dgn mata ala2 stim di penghujung. aku pun bgn mandi. makan nasi lemak. berak. pastu aku drive, sampai kuranglebih pukul 11 lebih. eh! brapa byk lebih daaa. hahaha aku smpi sana. dgn suasana sejuk... pastu sungai byk batu, sampai aku menyelam lutut terhantuk batu, satu calit darah kat lutut, hahah dlm pukul 1 camtu. dahhhh blkkkkkkkkk baru rasa panas... pergh! tension je. balik umah aku on9 kejap chatchat ngan LYNMRSL. hehehe :D .... tp kena potong ngan mak aku, sbb dia nak upload gmbr kat facebook. mcm biasa la. dok lumba2 tunjuk bwk atuk aku pi jalan. hahahah aku smbg, bgn tgk bola. lepas 1sthalf. baca doa akhir tahun. di ketuai pakcik aku. pheww.. nasib baik ada sedara aku, kalau takde. maunya aku tak baca doa tu. lepas tu time start 2nd half baca doa awal tahun. aku rasa tu la punca kemenangan malaysia kut. hahaha! lepas menang je bola. famili aku ngan famili sedara aku pi tesco, layan linda onn, hahaha. mak aku mls masak la katakan. semlm kitrg tibai satay kat umah aku gak. masyuk ni mak aku. aku pun pow kasut bata sepasang. hahaha tak lama lepas tu. mak aku mengeluarkan ayat "dah kopak" hahaha aku sengih je. hahaha! lepas tu pkl 12 mlm tadi. pod dtg membawa bekalan baju2 dan seluar utk diletakkan di booth rantaievent, so aku kena bgn pkl 8 esok pagi!!! sekali lagi bgn awal! ohh tidakk~! so sapa yg pegi redbungalow tu. jumpa korang kat sana ok! dari hari jumaat sampai hari ahad. di booth "The PODka DOT" jual barang bundle baik punya dari US and JAPAN! ops~! terlebey sudah. hahaha

Gracias!

Wednesday, December 16, 2009

L 4 D 2

Semlm plan nak gi swimming kat s.alam. eh! lupa nak intro~ hahaha maaf.. ok camni. aku nak citer kesah pasal smlm la ni. mcm biasa. hari sebelum tu yg lepas tgk ninja assasin tu kitrg lepak suri. time2 lepak tu plan la nak mandi swimming pool apa semua. maklum la mgu sebelum ni mcm panas je cuaca, berendam pun masyuk gak kan? lepas tu. hari yg dinanti2kan telah pun tiba. aku bangun awal. iaitu pkl 3 ptg. muahahahaa! 3 ptg bg aku awal ok! mengantuk weh nak bgn tu. tapi mcm biasa la. lembab2 smua bla bla bla makan mandi berak d.l.l maka 4 30 baru gerak umah. tapi sebelum tu msg yus tanya cuaca kat sana. dia kata cerah! maka dgn konfidennya la tekan pedal minyak. vroommm.. tukar gear.. tgk side mirror.. tgk back mirror.. blablabla... lepas tu kesesakan lalulintas pun berlaku! set time smpi la dlm 5 30. dah lama kemudian, yus msg. kata dah hujan... maka terbatal la niat nak mandimanda. memandangkan dah separuh jln. mls nak patah blk. maka teruskan la perjalanan ke shahalam....

dah smpi s.alam kat umah yus. yus dgn baru nak mandi. ked tgh tido. bal baru balik rtm. semua mcm bleh rehat2 lagi. aku je kena bangun awal. hahaha shait! lepas tu lepak makan la kat de17. ada pasar mlm. aku beli karipap 50sen 4 ketul, so kalau korang pandai math, brapa jumlah keseluruhan. hahahah. bertemankan hujan. kami berborak2. cewah. poyo je ayat. mcm dalam novel kan? hahahaha! dlm hujan2 tu jgk redah ke kereta. blk umah bal. smpi umah bal layan movie 28 days later. lepas tu 28weeks later. 2 skali.... aku dah naik bosan. yus plak dah mcm nak tumbuh kepak. hahaha lepas tu sorg2 smpi kat umah bal. kitrg plan main "left 4 dead 2" sebelum main kat cc, kitrg singgah mkn kat amin thai. aku mkn ns putih+sotongmasahmerah+telurdadar+laicikang=kenyang. hahaha dekat meja makan tu jugak bahagi2 team. aku team ngan shafiq, ked ngan benos. team lagi satu yus,bal, pae ngan pito. punca kekalahan team aku ialah ked! dia hero jln sorg2. padahal game ni kena jln sama2. hahaha apa2 pun seronok weh mlm tu. yus dah terjerit2 terkejut hantu. mmg pagi tu kat cc mcm kitrg punya~ hahah yg jaga cc tu pun kawan2. apa lagi. jerit sana, jerit sini. hahahah

L 4 D 2 - Left 4 Dead 2

Monday, December 14, 2009

Harimau Comel


Hahaha, mesti korang plik apsal patung tu ada kat atas bahu aku kan? hahaha korang nampak tak aku pegang apa? yeah! card. patung tu sebagai denda sebab aku kalah. shait! pusingan pemanas badan sebanyak 4 round aku menang no 1 berturut. bila game start je. 2-3 aku ok. lps tu bermula la episod malang aku. aku lawan chong tai ti ngan Ked, Bal ngan Yus. mcm2 weh aku kena. kaki kena ikat plastik. muka kena tutup mcm zorro ngan selendang sapa ntah dari umah budak2 ni. korang nampak helmet tak? helmet tu pun jadi bahan denda weh! tapi aku tak kena la. hahahaha lepas dari acara main kad ni. kitrg dah jadi mcm org gila wayang! selang 2 hari satu wayang! hahahah gile! semua midnite! ni semua angkara setan2 dari rumah sec 19! ni pun tadi aku baru balik dari midvalley tgk ninja assasin ngan bal ngan yus. Ked plak tgk santau ngan siska,jue dan fahim. perghh... ninja assasin. terrrrrbaik! potong sana potong sini darah sana darah sini. zaaassss! plan last minute. pkl 11 chat ngan ked. pastu dia kata nak tgk wyg. aku kata nak ikut. mandi2 siap2. pkl 11 30 kuar umah smpi midvalley pukul 11 45. gi amik tiket beli jagungpop pastu masuk. ngam2! tiket mcm biasa la tak beratur. beli on9~ cewah~ poyo plak aku. padahal bukan aku yg beli. hahaha tQ ked a.k.a Cloud! miahahahaha!!!


***************************************

Saturday, December 12, 2009

Jumaat Malam

jumaat mlm hari biasa kami bermonopoly. Sue mcm biasa ajak monopoly. aku on je. tapi aku dah siap sound sue. "u takde buat benda plik2 kan? sebab birthday i hr ahad." dia pun jawab "takde la, mana ada" (ok aku ubah skrip sket. sbb aku pun lupa, hahah) so aku pun berjanji la dgn sue utk bermonopoly bersama carlos, jay dan khyril.

ok.... aku ada byk cerita... sekali aku terigt. terpaksa merahsiakannya di atas sebab2 tertentu. maka. korang teruskan layan gmbr je la... =) oh ya. mlm tu monopoly tak smpi 10 round. aku dpt buat umah. yg lelain pun sama. tapi jay lagi hebat! dpt buat hotel. maka dia juara tak rasmi mlm tu. deng! hahaha

nak layan gmbr sila pegi page ni

Kepada yg wish kat myspace ka, facebook ka, twitter ka, blog ka, friendster ka, sms ka. Ucapan Terimakasih sedalam2nya utk korang semua nak taip nama2 satu2 mcm tahun lepas tak berapa nak syok la. malaih bak kata org kedah. hahaha! and yang wish tu semua insyaAllah aku reply. sbb kat facebook mcm tak kuar ja semua wall. kalo hp aku reply onthespot! ;-)

Thursday, December 10, 2009

Santau

Santau mcm santau! hahaha

dah lama aku tak pegi wayang. ni baru nak pegi, aku boleh pegi tgk santau.

tak berbaloi sungguh.

tapi bukan kerana kehendak aku.

aku menurut kata kawan-kawan

cukup sekadar hiburan

Monday, December 7, 2009

lampu kelip2. aku tgu bunyi guruh.sekali berbunyi la guruh. ouh, maybe sebab guruh, aku pun trus on9. aku turun ke dapur. tgk mak aku makan. lampu masih kelip2. aku igt benda biasa. lepas tu aku capai towel nak mandi, maklum la siang panas.badan pun berlengas. tgh2 mandi. lampu skali lagi berkelip2. aku dgr bunyi siren lama gila. dalam hati ,"oh mungkin org sakit, nak pegi hospital ampang putri, lepas tu jem" tu yang aku rasa lama gile siren. aku naik je bilik, aku dgr org bagi slm kat dapur, ketuk2. assalamualaikum ntah brapa kali, sbb aku tak sempat kira, laju sgt. makcik aku pun pegi la dapur, bkk2, jiran sebelah suh tutup lampu, takut bahaya. aku igtkan ada kematian ke kat rumah sebelah, sebab salam yg diberikan salam dalam bentuk kecemasan. rupa2nya.. ada kebakaran... aku jenguk pintu dapur... perghh!!! dah ramai umat ada kat depan umah. keluarga aku je tak perasan. maklum la hujan. asap pun tak berbau. aku ada la dgr bunyi letup2. aku igt bunga api. makcik aku dgr bunyi bising. igtkan gaduh. mak aku ada dgr. tapi buatbuat tak tau. kebakaran selang 3 rumah je dari rumah aku. takut weh. bukan rumah yg terbakar. tapi kedai jual barang2 hardware. dalam2 ada cat.thinner.dll. mmg meletup2. kebakaran berpunca dari lintar pintas. shait. time aku nak off lektrik. ada rasa takuttakut. hahaha ntah apa aku petik semua tak off. hahah last2 mesti la off kan. bomba smpi cari pili bomba bleh takde. kitrg mmg tak tau la ada kat mana kan. hahaha setelah menemuramah org sekeliling. terjumpa org yg tepat. yah. org yg menelefon 994 tak dpt tapi 999 dpt, tp smbg ke bomba. org yg keje kat kedai lektrik. time tu dia baru nak balik. nampak api memercik dari tiang lektrik berdekatan. sekejap je dah marak. bomba pun ok la smpi kurang dari 10 minit. tapi yg beshnya keluarga aku tak perasan. aku tgh bygkan kebakaran tu berlaku pkl 2-3 pagi. walaupun aku tak tido. tapi mesti aku tak perasan gak. org yg call tu pun takde. maka harapan tinggi api tu utk jilat umah aku. pheww. tapi nasib baik. keadaan agak lembab kerana hujan.angin tidak bertiupan. kalau tak. gitar aku pasti jadi kenangan. laptop aku jugak. dan barang2 yang lain. syukur semuanya selamat. :)


.meletupletupadabungaapi.
mak.aku.kelamkabut.aku.bleh.amik.video.
ha.ha.ha

api.masih.marak.tapi.bomba.dah.blah.???

ni.la.depan.umah.aku.ramaikan.indon?


celamak.. kuar paper. glamour kejap kg pandan dalam ku.

Sunday, December 6, 2009

Kosong Tujuh Des


ayam menari mcm haram. hahaha

Blog Archive